Friday, February 11, 2011

AMALAN YANG BOLEH DIBUAT DALAM USAHA MENDAPATKAN ZURIAT

Ini antara amalan2 yang boleh dibuat dalam usaha mendapatkan zuriat:

1) Amalkan zikir "Ya Musawwir!". Sekiranya seorg isteri yg sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dgn berpuasa selama 7 hari dari Ahad
hingga Sabtu. Diwaktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut
utk berbuka puasa.Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yg sama tetapi hanya dgn berpuasa selama 3 hari. Kemudian, pada waktu
hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, Insyaallah akan dikurniakan anak yg soleh dgn izin Allah swt.

--Khasiat As'maul Husna

2) Zikir Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir"

3) Amalkan banyak bersedekah.

4) Amalkan membaca surah Ar-Rahman supaya terbuka pintu rezeki.

5) Solat hajat & berusaha mencari waktu yang makbul berdoa.  

6) Amalkan banyak berselawat ke atas Nabi. Selawat yang biasa kita dengar seperti ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAIYIDINA MUHAMMAD. Anda boleh juga cuba selawat yang lebih panjang seperti selawat tafrijiyah atau selawat tunjina , mudah2an dimakbulkan hajat.

        
      Mudah mudahan apa yang kita hajati akan tercapai.dengan izinNYA..

No comments:

Post a Comment